KHAMIS lalu, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah melancarkan buku yang penting dan signifikan dalam menerokai masa depan yang sangat mencabar, tetapi amat meyakinkan bagi setiap pemegang taruh syarikat ini, terutama para pengguna yang mengharapkan bekalan elektrik yang ‘reliable’ setiap masa.
Saya secara peribadi amat yakin dengan keupayaan dan kebolehan SESB dalam perkara ini. SESB berada di landasan yang cukup membina dan positif dalam memenuhi keperluan pengguna setiap lapisan.
Ada dua perkara yang menunjukkan buku yang dilancarkan itu signifikan kepada SESB dan juga industri bekalan elektrik di Sabah secara keseluruhan.
Pertamanya, pada tahun ini, SESB menyambut ulang tahun ke-25 sejak dibentuk di bawah Dasar Penswastaan Negara.
Hari ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mengadakan sidang khas bagi membahaskan keputusan menyerahkan kembali kuasa selia sektor bekalan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah.
Dua rang undang-undang (RUU) iaitu Enakmen Bekalan Elektrik Tenaga Boleh Diperbaharui Sabah, serta RUU pindaan kepada Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 (kemasukan fungsi kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui) akan dibentangkan semasa sidang khas itu.
Oleh itu, saya yakin bahawa buku berjudul The SESB Story atau Kisah SESB ini menyajikan satu gambaran holistik mengenai perjalanan berliku-liku sebuah entiti utiliti tenaga elektrik di Sabah, yang ditubuhkan pada tahun 1957 di bawah Ordinan yang diluluskan oleh DUN iaitu Lembaga Letrik Sabah (LLS), yang telah memainkan peranan dan fungsi yang agak unik di bawah bidang kuasa kerajaan Sabah sebelum ia diserahkan kepada Pusat pada tahun 1984.
Meskipun hal ehwal elektrik sepatutnya berada dalam senarai Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan, namun, selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, sektor ini kekal berada di bawah urus tadbir kerajaan Sabah selama 29 tahun, sehingga akhirnya diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 1983.
Sepanjang tempoh dua dekad itu, lipatan sejarah menjadi bukti kepada siri ujian, cabaran dan isu sebenar yang dilalui oleh kita dalam soal sama ada kita telah dapat membangunkan dan telah mampu menikmati bekalan elektrik yang berkualiti di Sabah.
Pada tahun 1982, disebabkan oleh kekangan sumber kewangan dan keperluan untuk merancakkan pembangunan sektor bekalan elektrik sejajar dengan kemajuan di wilayah-wilayah lain di Malaysia, kerajaan Sabah telah meminta kerajaan Persekutuan supaya mengambil balik kuasa kawal selia sektor bekalan elektrik.
Cadangan itu berkuat kuasa bekalan eletrik pada 1 Januari 1984 menerusi penggubalan Akta Lembaga Letrik Sabah (LLS). Sekali gus LLS menjadi sebuah agensi Persekutuan.
Tidak dapat dinafikan bahawa peralihan autoriti ada membawa sedikit kemajuan.
Bagaimanapun, siri ujian, cabaran dan isu berterusan sehingga membawa kepada keputusan pusat menswastakan LLS pada September 1998 menjadi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
Satu perkembangan susulan Lembaga Letrik Negara (LLN) diswastakan menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB). LLS dikenali sebagai SESB, sehingga ke hari ini. SESB sudah berumur 25 tahun.
Sejarah berulang kembali
Menjelang Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, pada 22 Disember lalu, kerajaan Persekutuan sekali lagi menurunkan kuasa terhadap hal ehwal elektrik dengan menggunakan peruntukan Artikel 95C Perlembagaan Persekutuan melalui satu perintah Yang di-Pertuan Agong.
Dengan warta tersebut, maka Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 448), Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 (Akta 725), dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 726), telah digantung kuat kuasanya di Sabah.
Selepas empat dekad, kuasa tatakelola bekalan elektrik akan dikembalikan kepada kerajaan negeri Sabah.
Langkah menurunkan kembali kuasa kawal selia itu sememangnya satu sejarah.
Bagi rakyat Sabah, sejarah berulang kembali. Pun begitu, dalam erti kata yang sebenar dan lebih luas, kita mempunyai cabaran besar untuk menjayakan sasaran setelah kembalinya kuasa tata kelola elektrik kepada kerajaan Sabah.
Sama ada kita akan berjaya atau sebaliknya, bergantung kepada 100 peratus di tangan Kerajaan Sabah dan juga di tangan rakyat Sabah.
Kita perlu melihat apakah mekanisme yang terbaik, model dan formula paling terbaik yang perlu dan boleh dilaksanakan untuk Sabah. Kita ada model tatakelola elektrik di Semenanjung dan satu lagi model tata kelola di Sarawak.
Bercerita tentang SESB, harus diingat bahawa ia hanyalah sebuah badan korporat yang terlibat dalam perniagaan bekalan elektrik. SESB tidak ada kuasa dalam apa bentuk pun.
SESB di kawal selia oleh regulator iaitu Suruhanjaya Tenaga Sabah (Ecos). Dengan lain perkataan, SESB adalah entiti yang dipacu sepenuhnya oleh kepentingan perniagaan.
Oleh itu, SESB demi kelestarian kewangan, harus berdiri di atas kaki sendiri tanpa bergantung kepada subsidi kerajaan.
Ke arah matlamat ini, kerajaan komited melaksanakan transformasi SESB tujuh tahun. Bermakna pada 2030, kewangan SESB adalah lestari tanpa subsidi sokongan tarif (TSS).
Perlu diakui bahawa dalam tempoh 25 tahun penswastaan SESB, banyak kemajuan telah dicapai terutama sekali dalam pembinaan grid penghantaran dan pengagihan.
Namun demikian, SESB masih berhadapan dengan pelbagai cabaran. Pada hari ini terdapat lima cabaran utama bagi SESB.
Pertamanya, cabaran yang paling kritikal ialah aspek kelestarian kewangan.
Sehingga kini, SESB, syarikat yang sahamnya 80 peratus milik TNB dan baki 20 peratus oleh kerajaan negeri Sabah, masih lagi bergantung dengan TSS daripada pusat untuk kekalkan tarif di bawah kos penjanaan dan penghantaran bekalan elektrik.
Pada tahun 2022 sahaja TSS telah mencecah RM862 juta. SESB menjual elektrik pada kadar purata 34.52 sen seunit elektrik (sen/kWj), jauh lebih rendah berbanding kos purata penjanaan (yang majoritinya dibeli daripada pengeluar tenaga bebas (IPP) – iaitu 43.83 sen/kWj.
Perbezaan kadar ini mengakibatkan kerugian purata sebanyak 10 sen/kWj. Tentunya, subsidi bukanlah penyelesaian yang mampan.
Tanpa TSS dan sebagai sebuah perniagaan, SESB adalah 'technically insolvent'.
Keduanya, kelestarian sumber tenaga SESB. Untuk tujuan ini, adalah kritikal bagi SESB untuk memiliki keupayaan penjanaan elektrik sendiri, minimum 700 MW.
Ketiganya, cabaran strategik utama dalam memastikan bekalan kuasa yang berdaya harap ke semua kawasan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Namun demikian, terdapat daerah-daerah utama daripada sudut sosioekonomi seperti Ranau dan Telupid yang masih belum disambungkan ke Grid Sabah.
Hal ini memberi implikasi yang besar kepada penyaluran dan penyediaan bekalan elektrik ke kawasan-kawasan terbabit.
Keempatnya, SESB sedang bekerja keras untuk menangani margin rizab yang pada masa sekarang 12 peratus.
Kedudukan ini tidak mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam menetapkan amalan utiliti berhemat. Kapasiti rizab yang terhad menyebabkan bekalan kuasa terdedah kepada ketegangan atau gangguan bekalan semasa waktu puncak atau gangguan yang tidak dijangka.
SESB mempunyai tanggungjawab dalam memastikan integriti bekalan elektrik kukuh.
Kelimanya, cabaran mengurangkan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI). Nilai SAIDI pada masa sekarang adalah sekitar 274.43 minit. Ia telah menurun berbanding 4,109 minit pada 2005, 424 minit (2013) dan 302 minit (2022).
Banyak kemajuan telah dicapai dalam soal nilai SAIDI, tetapi SESB bekerja keras untuk terus mengurangkannya. SESB menyasarkan untuk mengurangkan SAIDI sehingga 100 minit menjelang 2030.
Laluan seterusnya adalah mencabar.
SESB beriltizam untuk mengatasi setiap cabaran dan memastikan masa depan tenaga yang cerah dan mampan untuk Sabah.
Kepentingan pengguna adalah keutamaan SESB. Menyediakan bekalan elektrik berkualiti tinggi dan berdaya harap.
SESB akan terus melabur, hampir RM5 bilion sepanjang 10 tahun akan datang, bagi menyediakan infrastruktur penjanaan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik berkelas dunia.
SESB ada siri cabaran. SESB juga ada solusi.
Pokoknya, SESB tidak boleh melakukan dengan sendiri. SESB memerlukan sokongan dan dokongan semua pihak, antaranya agensi kawal selia, Suruhanjaya Tenaga Sabah atau ECoS, Suruhanjaya Tenaga Malaysia, kementerian berkaitan di peringkat negeri dan pusat, IPP dan orang ramai selaku pengguna setia SESB.
Untuk melihat landskap bekalan elektrik yang berintegriti dan berwibawa, dan demi negeri Sabah yang maju, kita perlu berganding untuk bergerak bersama SESB. Ini termasuklah sistem yang utuh dan governans yang padu.
Jika tanggal 1 Januari 1984 menjadi saksi kuasa kawal selia kembali kepada Pusat.
Kali ini, tanggal 3 Januari 2024 merupakan detik penting bagi membahaskan laluan yang lebih membina ke arah bekalan tenaga elektik yang lebih berkualiti bagi masa-masa mendatang.
Sebagai seorang pengguna, wakil rakyat dan Pengerusi SESB, saya mengharapkan sesi perbahasan yang bernas demi landskap industri elektrik yang lebih kukuh, berwibawa dan yang mampu memenuhi pembangunan negeri Sabah dan juga negara.
* Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ialah Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Ahli Parlimen Tuaran.
** Artikel ini adalah daripada pandangan peribadi berdasarkan bidang kerjaya penulis, dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Wilfred Madius Tangau
Wed Jan 03 2024
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kekal komited untuk menjamin sekuriti bekalan elektrik di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan sokongan kesemua pemegang taruh. - Gambar hiasan
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
Tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan kad diskaun khas Menu Rahmah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023
Seramai 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PM Anwar saksikan pertukaran 6 MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
MoU itu antaranya melibatkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan Dewan Perdagangan dan Industri Uzbekistan (CCIU) sebagai usaha mengukuhkan dan membangunkan kerjasama promosi perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan serta pertukaran maklumat perdagangan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
[KOLUMNIS] Kanser kolorektal: "Adakah anda berisiko? Kenali dan lakukan ujian!"
Kanser kolorektal merupakan salah satu kanser tertinggi dalam kalangan lelaki (14.8 peratus) dan wanita (11.1 peratus).
[KOLUMNIS] Puasa Ramadan didik umat Islam hindari trend 'ibadah viral'
Ibadah viral merujuk kepada fenomena di mana amalan-amalan ibadah tersebar dengan cepat dan meluas melalui media sosial dan internet.
[KOLUMNIS] Keperluan mempersiap graduan Gen-Z untuk pasaran kerja
Isu gaji rendah masih lagi kekal menjadi cabaran kepada graduan yang baharu dalam bidang pekerjaan lebih-lebih lagi dalam sektor swasta.
[KOLUMNIS] Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Hari ini DUN akan mengadakan sidang khas bagi membahaskan keputusan menyerahkan kembali kuasa selia sektor bekalan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah.
[KOLUMNIS] 150 tahun Perjanjian Pangkor: Detik hitam tergadainya tanah air
Tanggal 20 Januari 1874 bukanlah suatu tarikh yang patut rakyat Malaysia rayakan tetapi sekurang-kurangnya diingati sebagai pedoman agar kedaulatan negara tidak tergadai lagi.
[KOLUMNIS] Pemerkasaan TVET melalui Majlis Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional Negara
Pengautomasian pekerjaan bakal wujudkan 1.7 juta pekerjaan baharu, khususnya dalam sektor peralihan tenaga dan industri berasaskan teknologi.
[KOLUMNIS] Kukuhkan kedaulatan maritim Malaysia, jangan biarkan pencerobohan berulang
Malaysia perlu tingkatkan kerjasama dengan negara ASEAN lain yang menghadapi cabaran serupa, bentuk pendirian yang padu dan koheren.
[KOLUMNIS] Keusahawanan desa dan pasaran halal
Keusahawanan merupakan trategi yang sedang dijayakan oleh KKDW sebagai instrumen pengupayaan golongan kurang berkemampuan.
[KOLUMNIS] Kepintaran Hamas, impian dua negara dan helah Netanyahu
Membunuh dan menghapuskan orang lain kerana mahu menyelamatkan diri, bukan manusiawi, itu tidak bertamadun.